
Orang yang positif juga akan mempunyai peribadi yang unggul dan mereka sentiasa tenang apabila berdepan dengan pelbagai masalah. Selain itu, orang yang positif juga akan mencari jalan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. manakala orang yang sering berputus asa lazimnya gagal mendepani sebarang masalah dan gagal dalam perancangan hidup. Selain itu juga, orang yang positif akan memanfaatkan sepenuhnya peluang keemasan yang ada. Sesuatu peluang yang terbuka itu akan dimanfaatkan untuk terus maju dengan matlamat yang besar dan visi yang jitu. Orang yang positif turut mempunyai keyakinan dan keberanian untuk mencapai matlamatnya seperti kata pepatah Melayu “kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”. Pepatah ini jelas menunjukkan sesuatu kejayaan itu tidak akan dicapai tanpa usaha dan kesungguhan untuk berusaha ini ada dalam diri orang yang positif.